Microsoft sebelum ini memaklumkan bahawa mereka inginkan 3rd party store dalam Portal Windows 11 mereka. Namun pekara ini nampaknya berlaku dimana Epic Games bakal memasuki kedalam sistem itu. Dengan ini, Windows Store tidak hanya akan mempunyai Amazon Appstore sahaja pada Microsoft Store. Dan seperti yang dinyatakan bahawa Microsoft juga menjanjikan bahawa tiada cas dikenakan kepada pihak terbabit.
Sebagai pengguna, pekara ini agak mustahil untuk dibuat kerana kebiasaannya syarikat pasti akan mengenakan cas sekiranya pihak lain menggunakan platform apps mereka. Namun tidak bagi Windows, hal ini berkemungkinan kerana ia bakal memanfaatkan aplikasi mereka. Kedua ia bakal memudahkan pengguna dalam menggunakan servis windows.
Namun setakat ini tiada makluman bahawa Steam dan GOG atau mana-mana pihak aplikasi lain yang terlibat dalam hal ini. Malahan, ini akan meletakkan Windows lebih kehadapan berbanding Mac dalam menyediakan Storefront yang perlbagai dalam satu platform sahaja.