
Motorola memaklumkan akan Space pengecas ‘over-the-air’ mereka. Pengecasan tanpa wayar semakin popular pada masa kini dan melakukannya melintangi udara semakin ditambah baik.
Namun tidak dinafikan bahawa pengecasan tanpa wayar telah banyak digunakan pada masa kini. Namun ia masih tertakluk dengan adanya dock atau pad yang memerlukan sentuhan dengan peranti.
Tambahan, pengecasan tanpa wayar yang diidamkan adalah dengan kemampuan untuk wujud secara bebas. Malahan, konsep ini juga pernah diperkenalkan oleh Xiaomi dan Oppo sebelum ini.
Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Motorola pada laman Weibo menyatakan bahawa aksesori ini mempunyai 1600 antenna untuk mengecas sehingga empat buah peranti secara bebas.
Rekaan yang besar mampu mengecas dengan kejauhan sehingga jarak 3 meter. Malahan ia merupakan naiktaraf yang besar dibandingkan dengan model pertama dengan 100cm sahaja.
Pengecasan percubaan juga menunjukkan bahawa pengecas ini juga mampu melakukannya walaupun terhalang oleh objek. Dimana ia mampu mengecas kearah kawasan dengan lebar 100° dari pengecas.
KESELAMATAN
Motorola juga menyatakan bahawa pengecas ini akan berhenti mengecas sekiranya ia mengesan manusia atau peranti anda terlalu jauh dari pengecas.
Tetapi tiada maklumat berkenaan kelajuan pengecasan ini atau tahap potensi yang mampu dilakukan olehnya dari pihak Motorola.