
Mozilla Firefox akan menghalang pengguna yang ingin memuat turun fail yang tidak selamat pada laman web yang menggunakan HTTPS pada naik taraf akan datang. Fungsi ini sama seperti yang diperkenalkan oleh Chrome pada tahun yang lalu.
Fungsi ini mengenal pasti adalah berdasarkan laman HTTPS yang di lawati dimana sambungan yang lebih selamat akan digunakan namun sekiranya ia mengesan fail yang di muat turun bersambung kepada laman lain yang tidak selamat atau mengandungi kandungan merbahaya, ia akan menyekat fungsi muat turun itu.
Namun tidak seperti Chrome, Firefox akan memberikan notifikasi akan isu ini dimana sekiranya pengguna ingin kekal memuat turun dan menanggung risiko yang berkemungkinan bakal dialami. Malahan ia lebih baik kerana sesetengah fail adalah selamt digunakan namun ia bertindak mencurigakan dan menyukarkan pengguna untuk memperolehnya.

Konsep yang dibawa adalah untuk pengguna mempercayai laman web yang digunakan. Maka dengan itu proses muat turun akan kekal sama pada laman web sekiranya pengguna melawatnya pada masa akan datang.