Netflix Bina Platform Gaming Sendiri, Sejarah Bakal Berulang

Netflix Gaming Platform

Netflix dikatakan membina servis “cloud gaming” mereka untuk memasuki pasaran yang telah dibina oleh Microsoft, Amazon, Google dan Nvidia. Tambahan, mereka akan meletakkannya didalam aplikasi mereka yang sedia ada pada masa ini. Oleh itu, pengguna hanya memerlukan satu aplikasi sahaja.

Menurut laporan dari Bloomberg, servis ini akan dibolehkan kepada “subscriber platform mereka” tanpa mengenakan cas tambahan. Malahan syarikat tersebut juga mengambil Mike Verdu, bekas pekerja Electronic Arts dan Facebook. Beliau mempunyai kepakaran dalam menguruskan pembinaan permainan video kepada platform.

Namun sejarah mungkin akan berulang sebagaimana Epic Games pada iOS dan tidak lupa juga kepada cloud gaming oleh Google, Microsoft, Amazon dan Nvidia yang di tolak oleh Apple pada peranti mereka itu.

Tambahan, dengan meletakkan permainan terus kedalam aplikasi mereka akan membuatkan pengguna boleh mengelakkan terus dari Apple sebagai pengantara dalam membuat pembayaran dan pekara ini adalah satu yang tidak akan diterima oleh syarikat tersebut.

Persoalannya adakah Netflix bakal menjadi aplikasi seterusnya yang akan di “ban” dari app store milik Apple seperti mana Epic Games?

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)