Netflix Jadikan Apple Arcade Persaing Dalam Permainan Video

Netflix

Netflix menyatakan bahawa mereka ingin membina platform permainan mereka tersendiri adalah benar. Dimana ia dinyatakan oleh syarikat itu sendiri bahawa mereka ingin memasuki pasaran permainan video. Namun buat masa ini mereka ingin fokus kepada permainan video pada peranti mobile dahulu.

Malahan, permainan ini tidak akan dikenakan cas kepada pengguna yang melanggan pelan mereka. Dengan itu pengguna Netflix boleh menggunakannya tanpa menambah kos untuk digunakan.

We’re also in the early stages of further expanding into games, building on our earlier efforts around interactivity (eg, Black Mirror Bandersnatch) and our Stranger Thingsgames. We view gaming as another new content category for us, similar to our expansion into original films, animation and unscripted TV. Games will be included in members’ Netflix subscription at no additional cost similar to films and series. Initially, we’ll be primarily focused on games for mobile devices. We’re excited as ever about our movies and TV series offering and we expect a long runway of increasing investment and growth across all of our existing content categories, but since we are nearly a decade into our push into original programming, we think the time is right to learn more about how our members value games.

Dan seperti pelanggan Netflix, kita ketahui bahawa langganan tidak boleh dibuat melalui aplikasi mereka namun perlu dilakukan pada laman web mereka. Dengan menjadikan Apple Arcade sebagai pesaing dan tiada pembayaran dibuat pada aplikasi membuatkan syarikat Apple tidak mendapat keuntungan walaupun sedikit.

Ini menunjukkan bahawa pihak Netflix mempunyai strategi tersendiri mahupun ia adalah langkah yang dibuat tanpa analisa. Tambahan, ini akan memberikan pelbagai kesimpulan kepada dua syarikat itu. Sekiranya pihak Netflix dapat meneruskan servis mereka, menunjukkan bahawa isu Apple dan Epic hanyalah politik. Manakala, jika Apple menolak servis tersebut, menunjukkan bahawa syarikat tersebut memang berniat untuk memonopoli pasaran dan ekosistem Apple dan Netflix bakal dibuang dari ekosistem mereka.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)