
Niantic Labs yang merupakan developer kepada permainan Pokemon Go telah memperoleh aplikasi Scaniverse. Menurut Keith Ito menyatakan bahawa aplikasi tersebut akan kekal pada App Store iOS walaupun telah dibeli. Malahan kesemua fungsi boleh diperolehi secara percuma dimana sebelum ini mempunyai langganan berharga $17 setahun. Dan segala fungsi terbaru akan disokong oleh Niantic.
Dengan ini, adakah kita akan menerima permainan Pokemon Go secara 3D yang boleh berinteraksi dengan persekitaran? Mahupun pihak Niantic mempunyai perancangan yang lebih besar pada masa akan datang sebagaimana semasa kewujudan Pokemon Go dahulu.
