Nintendo Mengeluarkan Model Switch OLED

Nintendo Swith OLED

Nintendo Switch Hybrid atau digelar Switch OLED merupakan versi terbaru kepada peranti konsol itu. Namun tidak banyak perubahan yang dilakukan pada naik taraf ini. Dimana yang paling ketara adalah ia menggunakan paparan OLED berbanding LCD.

Jadi, apakah perubahan yang dilakukan pada peranti tersebut? Switch OLED mempunyai paparan OLED 7-inci manakala pada model yang sedia ada adalah paparan LCD 6.2-inci dan paparan OLED ini dikatakan dihasilkan oleh Samsung. Dengan ini, ia memberikan kecerahan, warna dan pengalaman yang lebih baik.

Tambahan, pengguna akan menerima saiz bezel yang lebih kecil berbanding biasa. dan memberikan gambaran yang lebih luas. Tetapi, walaupun dengan paparan OLED, peranti tersebut hanya mampu menampung resolusi 720p sahaja.

Buat masa ini, tiada berita berkenaan penambahbaikkan performance keatas peranti tersebut. Namun, ia dikatakan menyokong sokongan DLSS.

Penambahbaikan yang lain adalah saiz storan yang digandakan dengan kapasiti 64GB berbanding 32GB pada model lama dan ia juga mempunyai speaker pasang siap yang telah ditambah baik. Serta paparan yang kini boleh diubah berbanding berkedudukan tetap ketika dalam mode tablet.

Peranti ini juga dilengkapi dengan port Ethernet yang dipasang siap (LAN), yang membolehkan pengguna bermain dalam mode berwayar untuk mendapatkan sambungan yang lebih pantas.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)