
Nintendo pertama kali menentang khabar angin yang menyatakan bahawa mereka menerima keuntungan yang lebih banyak pada model terbaru mereka berbanding model lama.
Pada minggu lepas, laporan dari Bloomberg menyatakan bahawa kos penghasilan model terbaru itu hanya $10 per unit untuk dihasilkan manakala harga yang dijual adalah lebih $50 dari harga model sebelumnya. Makan ia mendapatkan keuntungan lebih $40.
Namun, pihak nintendo, menentang pekara ini pada laman twitter mereka dan juga menidakkan bahawa mereka akan mengeluarkan model Switch Pro dengan komponen high-end serta menyokong DLSS teknologi milik NVIDIA.
Isu ini mungkin hadir disebabkan oleh Steam Deck yang bakal keluar tidak lama lagi membuatkan pengguna membina berita palsu antara dua produk tersebut.