Nokia Akan Keluarkan Peranti Flagship 5G November Ini

nokia 5G

Nokia dikatakan sudah tenggelam dalam pasaran peranti telefon pintar dimana mereka kurang mengeluarkan peranti high-end kebelakangan ini dan produk high-end terakhir adalah pada 2019 semasa 9 PureView.

Namun, menurut Produk Manager Nokia di China, Zhang Yuchen berkata bahawa mereka akan mengeluarkan flagship 5G Nokia yang akan dilancarkan 11 November ini. Tetapi, mereka tidak menyatakan peranti yang mana akan menggunakan teknologi tersebut.

Disamping itu, syarikat tersebut dikatakan sedang dalam proses membina peranti penyambung kepada 9 PureView. Namun peranti X60 Series akan datang ini juga akan mempunyai kelengkapan kamera high-end dan paparan amoled, serta bateri yang besar.

Pada masa yang sama, Nokia dikatakan akan menggunakan HarmonyOS kedalam peranti mereka, dan berkemungkinan bagi versi China. Buat masa ini, tiada maklumat tambahan berkenaan berita tersebut.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)