NVIDIA Menolak Untuk Terlibat Dalam Pembuatan Grafik Peranti Telefon

Selepas pengumuman antara Samsung dan AMD berkenaan kerjasama mereka dalam membina “Graphic Processor Unit (GPU)” untuk peranti telefon pintar. Banyak maklumat menyatakan bahawa Nvidia akan juga terlibat dalam pasaran telefon pintar dalam membina grafik yang membenarkan fungsi “ray-tracing” kepada peranti telefon.
Tambahan, maklumat ini semakin diyakini pengguna kerana NVIDIA sedang dalam proses untuk mendapatkan posisi mereka untuk memiliki ARM.

Namun berita tersebut dicanggah oleh Jensen Huang, CEO NVIDIA yang menyatakan bahawa “permainan video dengan Ray Tracing merupakan agak berat. Dan ini belum masanya untuk peranti telefon pintar memilikinya. Ketika masanya tiba, kami akan bertimbangkan.” CEO syarikat tersebut juga menyatakan bahawa mereka tetap akan fokus kepada service ” NVIDIA GeForce Now Cloud Gaming.”

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)