OnePlus 9 Dan OnePlus 9 Pro Terima Fungsi Hasselblad XPan

OnePlus 9

OnePlus 9 sebelum ini didedahkan bekerjasama dengan syarikat pembuat kamera Hasselblad. Ia merupakan syarikat kamera professional dan terkenal didunia. Namun bagi bukan peminat kamera, syarikat ini mungkin tidak diketahui oleh kerana ia merupakan produk premium yang mencecah sehingga $10K.

Syarikat tersebut mempunyai kepakaran kualiti gambar yang paling tepat didunia. Oleh itu, syarikat OnePlus membawanya kepada peranti mereka.

Tetapi kerjasama tersebut tidak terhenti setakat itu. Namun apa terbaru ialah mereka membawa fungsi XPan pada Hasselblad kedalam peranti OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro.

Tambahan fungsi ini boleh digunakan terus dari aplikasi kamera utama peranti itu. Berdasarkan sumber gambar dari Scott Brown

Oneplus 9 Hasselblad Black and White
Oneplus 9 Hasselblad Panorama
Oneplus 9 Hasselblad Panorama Natural

Kamera XPan dibina atas tujuan pengambilan gambar panorama yang unik pada film 35mm. Dengan adanya fungsi ini, pengguna tidak memerlukan gulungan filem bagi mengambil gambar uang diinginkan lagi.

Beberapa fungsi yang terkandung didalam aplikasi itu juga adalah pengguna mampu mengubah focal length dari 30mm sehingga 45mm.

Gambar yang diambil dengan 30mm dan 45mm akan menghasilkan gambar beresolusi 12MP pada 7,552 x 2,798 dan 7,872 x 2,916. 12MP yang diambil adalah hasil pixel binding dari kamera berlensa 45MP dan 20MP.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)