
OnePlus menyatakan bahawa model OnePlus 9 Pro berwarna putih hanyalah prototaip dan mereka tidak mempunyai rancangan untuk mengeluarkannya. Namun model prototaip itu masih menunjukkan rekaan konsep yang menarik.
Berdasarkan laman web MyDrivers, rekaan bewarna putih ini sangat baik malah ia tidak akan meninggalkan kesan cap jari mahupun kesan berminyak seperti kebanyakkan permukaan peranti pintar.
Namun setakat ini, pihak OnePlus menyatakan tidak mempunyai sebarang berita berkenaan rekaan ini, namun akan dimaklumkan pada akan datang.