
OnePlus menyatakan akan menambah fungsi untuk menyekat pengunaan CPU yang berlebihan pada peranti yang menggunakan Android 12. Syarikat tersebut sebelum ini mengalami tentangan kerana menyekat pengunaan CPU demi memastikan jangka hayat bateri.
Kini, mereka mengambil keputusan untuk menjadikannya salah satu fungsi kepada peranti mereka. Dengan itu, pengguna mempunyai kebolehan untuk menggunakan peranti mereka dengan performance yang tinggi atau memastikan penjagaan bateri terkawal.
Hal ini kerana kebanyakkan aplikasi yang terkenal menggunakan tenaga yang melebihi keperluan mereka. Dengan itu, penggunaan bateri cepat habis digunakan walaupun dengan kegiatan biasa. Oleh kerana itu, pihak OnePlus menyekat performance pada peranti mereka demi memastikan jangka hayat bateri bertahan dalam tempoh yang lama.
Menurut syarikat tersebut, keputusan ini dibuat akan memberi kesan kepada OnePlus 9R dan OnePlus Nord 2. Pihak mereka juga menerangkan berkenaan isu ini.
“Since different chips perform differently and we want to make sure to get the best performance and efficiency out of each one, we’ve implemented performance optimizations to varying degrees on the OnePlus 9R and Nord 2. However, given the clear feedback from users and media, our R&D team is currently working to add an option to let users turn on/off this optimized mode and have better control over the performance of their phones. We’re targeting to have this solution ready with one of the first builds of OxygenOS 12“