
Pada minggu lepas, OnePlus menyatakan bahawa mereka bergabung dengan BBK Sibling, Oppo tambahan maklumat tersebut kurang jelas. Tetapi mengikut sumber dari Evan Blass dimana kedua-dua syarikat tersebut akan bergabung untuk memberikan kebaikkan kepada kedua-dua pihak.
Tambahan ia juga menyatakan bahawa syarikat tersebut akan tidak wujud namun akan hadir sebagai sub-brand kepada Oppo. Sebagai contoh seperti Redmi, Pocophone dimana mereka dibawah Xiaomi.
Dengan itu kita dapat menjangkakan bahawa peranti akan datang mempunyai rekaan yang sama atau fungsi yang lebih kurang. Namun bagi pengguna yang menyukai OxygenOS tidak perlu risau hal ini kerana pengguna Global akan masih menerima OS tersebut dalam keluaran akan datang.