
OnePlus 9 dan 9 Pro telah dibuang dari senarai benchmark oleh GeekBench kerana dikatakan memanipulasi maklumat data kepada peranti mereka itu.
Dimana hasil penggunaan aplikasi dan kemampuan peranti berbeza apabila semakkan dibuat. Analisa dibuat menunjukkan tiada perubahan dari segi peranti namun ia sangat ketara keatas aplikasi membuatkan data dan spesifikasi peranti tersebut kelihatan kurang berkemampuan.
Namun pekara adalah normal sebenarnya kepada syarikat yang membina peranti dimana ia diubah suai untuk memastikan peranti mereka berjalan dengan baik. Sebgai contoh, Apple dengan processor M1 telah menghadkan penggunaan RAM mereka keatas peranti sehingga harini bagi mengelakkan penggunaan bateri dan prosesor yang mendadak tetapi ia menyekat had kemampuan aplikasi kepada pengguna.
Tujuan pihak OnePlus bukanlah untuk menipu berkenaan data mereka tetapi untuk memastikan pengunaan yang baik untuk dialami oleh pemakai peranti. Tambahan, aplikasi seperti Chrome agak terkenal dengan pengunaan “resources” yang banyak untuk melaksanakan fungsi yang mudah. Maka tidak hairan sekiranya pihak mereka melakukan demikian.
Manakala dari pihak Geekbench, mereka terpaksa membuang peranti ini dari senarai kerana akan menjejaskan hasil data kepada peranti lain yang menggunakan prosesor dan teknologi yang sama. Dimana hasil terakhir akan membuatkan komponen yang digunakan adalah kelihatan lebih lemah berbanding komponen lain.