Oppo Sedang Membina Variable Optical Zoom Seperti DSLR

Oppo Continuous Optical Zoom

Oppo memperkenalkan teknologi kamera terbaru mereka dimana ia diperolehi dari beberapa kaedah yang pernah dilakukan oleh beberapa syarikat lain seperti variable telephoto yang diperkenalkan oleh Sony.

Tambahan, sensor kamera terbaru iaitu RGBW adalah hasil projek perkongsian antara OPPO dengan Sony. Dimana “W” merujuk kepada white yang merupakan sensor bewarna putih yang diimplikasikan kepadanya untuk menerima lebih banyak cahaya untuk memasuki dan mampu bertindak dalam keadaan low-light.

Malahan, jika dilihat pada peranti kamera lama yang menggunakan teknologi hitam putih mempunyai tangkapan cahaya yang jelas walau dalam keadaan yang gelap. Dengan itu, ia mampu memberikan gambaran yang lebih jelas.

Tetapi teknologi ini pernah dilakukan oleh Sony sendiri pada 2012 dan Huawei pada 2015 dan Vivo pada 2020. Namun beberapa isu yang dikenal pasti adalah ia mengurangkan ketepatan warna yang diterima.

Namun pihak OPPO menyelesaikan masalah ini dengan membina teknologi pixel binning dan algorithm tersendiri terus pada sensor berbanding peranti dimana ia bukan sahaja menambahbaik sensor itu malah mengurangkan penggunaan bateri dan menaikkan performance peranti.

Dengan itu, gambar yang diperoleh akan menerima 60 peratus pencahayaan yang lebih bagus dan 35 peratus kurang noise pada gambar. Dan ia dianggarkan akan sedia pada hujung tahun ini.

Bagi variable zoom teknologi adalah kelihatan seperti yang dipamerkan oleh Sony pada peranti Sony Xperia 5 lll tetapi dengan kejuteraan yang berbeza dimana modul ini mampu bertindak dari 85-200mm. Tambahan ia menambah baik teknologi sedia ada termasuk “Prismatic OIS”.

Jika dilihat kedua-dua gambar bahawa optical zoom mempunyai gambaran yang lebih jelas dan tajam berbanding kaedah lama. Dan peranti tidak perlu memproses maklumat yang banyak dengan teknologi ini jika dibandingkan dengan teknologi “digital zoom”.

Oppo juga menjanjikan bahawa sensor dan lensa mereka akan menggunakan teknologi penstabilan 5 arah untuk memastikan gambar yang diambil lebih tepat dengan 65 peratus kurang getaran.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)