
Paparan lipat pada peranti Galaxy Z Fold 3 milik Samsung mempunyai daya tahan yang lebih kuat berbanding sebelum ini malahan ia kelihatan lebih inovatif berbanding generasi sebelumnya.
Kini syarikat tersebut memperkenalkan generasi terbaru paparan OLED, iaitu Eco2 OLED yang dikatakan menggunakan lebih jimat dalam penggunaan tenaga bateri peranti malah ia menambahbaik fungsi kamera dibawah paparan.
Samsung menunjukkan bahawa Eco Square OLED adalah teknologi terbaru syarikat itu dimana ia membuang lapisan polarizer. Dimana menurut pakar bahawa lapisan ini membantu dalam memberikan paparan yang lebih jelas dengan menghalang pantulan cahaya dari luar namun pada masa yang sama ia juga menyerap cahaya dari paparan pada lapisan OLED.

Manakala dengan paparan Eco2 OLED, ia menyelesaikan isu panel OLED dan Polarizer pada masa yang sama tambahan ia mampu memberikan kejelasan 30 peratus lebih baik dan menggunakan tenaga 25 peratus lebih kurang. Ia juga mengelakkan isu pada fungsi kamera dibawah paparan.
