
Perlukah webcam untuk menggunakan Windows 11? Percaya atau tidak bahawa ia merupakan spesifikasi penting yang dikeluarkan Microsoft. Menurut keperluan yang disenaraikan, webcam merupakan ciri-ciri yang wajib ada pada semua produk laptop yang ingin menggunakan Windows 11.
Menurut Microsoft bermula 1 Jan 2023, semua peranti komputer riba wajib memiliki webcam kerana ia merupakan keperluan penting bagi operating system itu. Tambahan, keperluan itu bukan sahaja setakat mempunyai webcam namun ia memerlukan webcam yang HD dan Kualiti tinggi atau lebih baik, dengan kata lain mempunyai auto-exposure (AE), dan auto-white balancing (AWB).
Dengan kata lain, semua pengeluar peranti komputer riba perlu memasang sekurang-kurangnya 5MP sebagai benchmark terendah. Hal ini kerana kesemua komputer riba pada masa ini hanya menggunakan webcam dengan sensor bersaiz 3MP walaupun dengan resolusi 1080p.
Malah jika dilihat, masih ada peranti yang tidak mempunyai komponen ini, dan jika dilihat juga pada sesetengah peranti gaming dimana ia bukanlah keutamaan. Namun kini ia menjadi kepentingan.
Mengapa Microsoft berbuat demikian?
Pada Windows 11 ia mempunyai fungsi Windows Hello dimana ia memiliki “facial recognitions system” yang membolehkan pengguna menggunakan keselamatan biometric.