
Google Pixel 6 akan dilancarkan tidak lama lagi. Namun tiada maklumat yang menyatakan bahawa ia akan dilancarkan sekali dengan Pixel Stand terbaru. Tetapi baru-baru ini, Google dikatakan sedang dalam proses membina Pixel Stand terbaru.
Sebelum ini, Pixel Stand yang dilancarkan bersama Google Pixel 3 mempunyai pengecasan 10W dan ia boleh digunakan oleh Pixel 4 dan Pixel 5. Dengan model Pixel Stand terbaru ini dikatakan akan dilengkapi dengan “kipas penyejuk” dimana tiada pada model lama.
Buat masa ini, ia hanyalah maklumat ringkas. Tiada maklumat yang menyatakan lebih spesifik akan kelajuan yang diterima. Namun, fungsi terbaru yang dikenalpasti ialah ia mempunyai pelbagai “mode” yang berbeza seperti “Auto”, “Quite”, dan “Power Boost”. Ini menunjukkan bahawa ia berkemungkinan mempunyai tahap kelajuan pengecasan berbeza.