Pixel 6 Menggunakan Sensor 50MP Milik Samsung

Pixel 6

Pixel 6 akan menggunakan kamera 50MP pada peranti mereka namun apa yang berada diluar jangkaan ialah sensor kamera yang digunakan adalah yang diperbuat oleh Samsung.

Berdasarkan Android 12 Beta 4 yang dikeluarkan baru-baru ini, pada naiktaraf aplikasi Google Camera dengan versi 8.3.252 tidak menunjukkan beberapa berubahan dari segi fungsi yang ada.

Namun menurut Cstark27 sebagai modder kepada Google Camera memaklumkan pada laman twitter nya bahawa aplikasi tersebut menyenaraikan barisan code dengan menyebut berkenaan “P21”, malah Google juga menyatakan bahawa Pixel 6 akan dilengkapi dengan “GN1”.

GN1 adalah nombor model bagi sensor kamera yang diperkenalkan Samsung pada Mei 2020.

https://twitter.com/Cstark_27/status/1425525856622063616?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1425525856622063616%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2F9to5google.com%2F2021%2F08%2F11%2Fpixel-6-google-camera-50mp-samsung%2F

Menurut Samsung, sensor GN1 adalah menggunakan sistem dual-pixel autofocus (DPAF) yang merupakan teknologi yang digunakan pada kamera DSLR dimana ia lebih baik berbanding phase-detect autofocus (PDAF).

The ISOCELL GN1 is Samsung’s first image sensor to offer both Dual Pixel and Tetracell technologies.

Thanks to the relatively larger pixel size, the GN1 brings image sensor performance to a new level with a combination of elevated light sensitivity for stellar low-light photos and DSLR-level auto-focus speeds, optimized for more dynamic picture-taking experiences.

Samsung

Dengan menggunakan kamera 50MP sahaja telah menunjukkan bahawa ia mengatasi Pixel 5. Tetapi dengan penggunaan GN1 telah membawa Pixel 6 kepada tahap yang lebih tinggi.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)