Qualcomm Boleh Kalahkan Chip M1 Milik Apple

qualcomm-company

Qualcomm boleh bina chip berkualiti lebih baik dari M1 milik Apple kerana mereka mempunyai ramai bekas engineer dari Apple sebenarnya.

Apple mengumumkan chip M1 milik mereka itu dengan architecture ARM yang mengatasi dalam kelajuan dan kelancaran berbanding syarikat lain pada 2020.

Cristiano Amon, CEO kepada Qualcomm yang terbaru menyatakan bahawa beliau akan mengubah situasi itu dimana beliau yakin bahawa mereka bukan sahaja mampu membuat chip setaraf M1 milik Apple malah lebih baik. Dengan kata lain chip mereka itu akan dimiliki oleh Laptop dengan OS Windows dengan kelajuan chip M1.

Namun, beberapa pendapat menyatakan bahawa Amon hanya memberikan janji yang besar sebagai pemegang baru pada syarikat tersebut. Tetapi CEO itu sudah mempunyai perancangan awal untuk mencapai sasaran tersebut sebelum dinaikkan sebagai CEO.

Dimana, Qualcomm telah mengambil bekas engineer dari Apple terlebih dahulu sebelum mereka dalam proses membina rekaan chip terbaru yang mampu mengalahkan M1. Tambahan juga engineer ini juga merupakan pekerja yang terlibat dalam pembinaan Chip M1 milik Apple sebelum mereka membina syarikat tersendiri yang dipanggil Nuvia. Dengan itu, dijangkakan chip itu akan mula diperkenalkan dan dijual pada 2022.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)