
Qualcomm mengumumkan bahawa Snapdragon 3100 dan 4100 akan digunakan pada Wear OS 3.0 yang terbaru kerana kemampuannya pada peranti terbaru itu.
Jika dilihat pada 2016, dimana model Snapdragon 2100 merupakan chip pertama digunakan pada Wear produk. Tetapi dengan penambahbaikkan dalam naik taraf software membuatkan chip tersebut tidak dapat menampung pengunaan yang baik. Malahan Snapdragon Wear 3100 yang dikeluarkan pada 2018 juga mempunyai masalah yang sama.
Kini, Qualcomm menyatakan bahawa peranti Wear OS akan datang boleh menggunakan chip Snapdragon 4100, 4100+ dan juga 3100. Namun ia merupakan cadangan yang mengelirukan dengan kemampuan chip tersebut pada masa lalu. Berkemungkinan chip tersebut mempunyai penambahbaikkan pada keluaran terbaru dan ia juga menyokong software dan produk lama.
