Redmi Note Pertama yang Mempunyai Fungsi Kalis Air

Redmi Note 10 Japan Edition

Redmi merupakan brand sampingan kepada Xiaomi telah mengeluarkan model Redmi Note 10 series. Namun tiada model yang mempunyai kelebihan kalis air.

Kini, sebuah model terbaru dikeluarkan oleh Xiaomi dengan mempunyai tahap IP68 iaitu kalis air dan debu. Selama ini kalis air hanya dilihat pada peranti bajet sahaja tetapi kini tidak lagi.

Perbezaan pada peranti ini ialah ia menggunakan Snapdragon 480 5G mengantikan Dimensity 700 5G. Malahan kedua-dua jenis chipset mempunyai lampiran yang sama iaitu

  • 2x Cortex-A76
  • 6x Cortex-A55

Manakala bagi grafik menggunakan Andreno 619 GPU berbanding Mediatek Mali-G57 MC2. Jumlah kapasiti bateri ialah 4,800mAh, manakala Redmi Note 10 5G mempunyai 5000mAh.

Paparan masih sama dengan 6.5-inci 90Hz panel LCD dengan Full HD+. Kamera utama pada 48MP+2MP+2MP, 8MP kamera hadapan, infrared, 3.5mm audio port, dan pengesan cap jari di sisi peranti.

Jadi, bagaimana untuk mendapatkannya? Model ini adalah edisi khas bagi keluaran Jepun iaitu Redmi Note 10 Japan Edition.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)