
Refund adalah satu kaedah yang bukan sahaja wujud dalam jual beli barangan fizikal malah anda boleh melakukannya pada barangan digital seperti permainan. Ramai ibubapa pasrah dan putus asa apabila anak-anak kecil menggunakan peranti telefon pintar membeli barang permainan tanpa kawalan sehingga habis beribu ringgit.
Tetapi pekara ini masih boleh diatasi dan mudah diselesaikan dengan kaedah yang bakal ditunjukkan. Terdapat 3 kaedah untuk mendapatkan refund.
Kaedah Pertama
1. Buka Playstore, dan tekan gambar akaun anda pada hujung kanan, atau slide dari kiri paparan
2. Pilih Payment & Subscriptions
3. Tekan Budget & History
4. Pilih aplikasi yang ingin di refund



5. Butang View akan keluar
6. Ia akan membawa anda ke laman aplikasi
7. Akan ada butang Refund pada Aplikasi tersebut sekiranya pembelian berlaku dibawah “48 jam”
8. Tekan butang “Yes” atau “Ya” untuk aplikasi tersebut di buang dari peranti itu.



Proses Refund akan berlaku

Menyemak Proses Refund
1. Buka Playstore, dan tekan gambar akaun anda pada hujung kanan, atau slide dari kiri paparan
2. Pilih Payment & Subscriptions
3. Pilih Payment Methods
4. Pilih “More Payment settings” dibawah menu dan ia akan membuka bahagian browser
5. Sekiranya browser anda tidak “daftar masuk (login)”, buat demikian keatas akaun yang yang digunakan semasa pembelian sebelum ini,
6. Menu sebelah kiri atas atau slide ke kanan untuk membuka ruang menu
7. Pilih Activity dan senarai pembelian akan dinyatakan disitu



Sekiranya berjaya, anda akan menerima receipt berkenaan proses refund anda.

Namun sesetengah aplikasi tidak menunjukkan maklumat ini maka pengguna perlu menggunakan kaedah kedua.
Kaedah Kedua
1. Pergi ke Website Google Refund Policy
2. Pilih Request Refund
3. Google akan memberikan arahan, tekan continue
4. Semak email anda, pastikan email yang tertera adalah email yang digunakan pada pembelian di playstore
5. Sekiranya betul, pilih “yes” dan tekan “continue”
6. Senarai pembelian terbaru sahaja akan dipaparkan
7. Pilih aplikasi yang ingin di refund dan tekan “continue”
8. Sekiranya pembelian tersebut tiada butang untuk di pilih maka ia adalah dibawah pembelian anda dengan developer tanpa melalui Google. Maka anda perlu memilih “Can’t find my app”.
9. Google juga menyediakan langkah lain sekiranya proses refund anda tidak berjaya.






Pembelian in-game purchase merupakan pembayaran yang kebiasaannya diluar hak kuasa Google, dengan itu pengguna perlu menghubungi dengan pihak developer sendiri. Hal ini kerana pembelian itu telah direkod dalam sistem aplikasi tersebut dan google tiada kuasa keatas segala yang dibeli didalam aplikasi.
kaedah ini juga bagi aplikasi yang telah di muat turun lebih dari 48 jam.
Kaedah Ketiga
1. Tiada butang refund pada playstore
2. Scroll kebawah, anda akan menjumpai “developer contact”
3. Email developer akan berada di situ.
4. Hantar email dan terangkan kepada mereka mengapa anda perlukan refund.



Berikut adalah langkah yang boleh diambil, namun kejayaan adalah bergantung pada pihak mereka penjual. Namun dengan kerugian yang besar keatas ibubapa, kaedah ini merupakan langkah yang juga boleh menyelamatkan anda.