Samsung A52s: Peranti Mid-Ranger 5G Terbaru

Samsung A52s

Samsung telah melancarkan model A52 5G pada bulan Mac yang lalu. Dimana ia dilengkapi dengan paparan 120Hz, jangka hayat bateri yang baik, IP rating, dan kamera yang berpatutan sebagai model mid-range.

Namun baru-baru ini Samsung dikatakan memperkenalkan peranti terbaru iaitu Galaxy A52s yang dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 778G berbanding model A52 yang menggunakan Snapdragon 750G. Malah chipset ini juga yang digunakan oleh Motorola Edge 20 dan Honor 50 Pro.

Menurut Samsung, dengan menggunakan Snapdragon 778G akan memberikan 40 peratus performance yang lebih baik berbanding Snapdragon 768G yang digunakan pada kebanyakkan peranti mid-range tahun yang lalu.

Spesifikasi yang dinjangkakan adalah mempunyai 6GB RAM dan 128GB di Eropah. Manakala bagi negara lain adalah 8GB RAM + 256GB. Manakala paparan yang digunakan adalah 6.5-inci Super AMOLED dengan sensor cap jari di bawah paparan.

Tambahan ia dilengkapi dengan kapasiti bateri sebanyak 4,500mAh, 64MP Kamera Utama dan mempunyai IP67 rating. Manakala rekaan masih sama dengan model A52.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)