
Samsung bercadang untuk melancarkan Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3 pada minggu akan datang. Namun pihak mereka berpendapat bahawa akan mengeluarkan produk yang lebih murah kepada pengguna.
Dengan itu, Samsung dikatakan akan mengeluarkan Galaxy Z Flip 3 Lite dan dua model yang dinyatakan pada 11 Ogos ini. Namun disebabkan masalah kemerosotan sumber chip. Syarikat tersebut terpaksa membatalkan pembinaan Flip Lite itu.
Namun, bagi memastikan pasaran itu kekal, Galaxy Z Flip 3 akan mengambil kedudukan Flip Lite dimana harga Z Flip 3 akan lebih murah berbanding harga pasaran asal.
Tetapi harga sebenar produk masih tidak dinyatakan kepada pengguna awam.
