
Samsung telah mengeluarkan Galaxy S selama ini dengan kapasiti bateri 4,000mAh sejak 2 tahun berturut. Dan kapasiti sebelum itu hanyalah 3,400mAh semasa pengeluaran Galaxy S10. Tetapi pekara ini tidak akan berlaku pada model terbaru mereka. Dimana syarikat tersebut mengambil langkah mengundur.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh GalaxyClub dan model vanilla Samsung Galaxy S22 menunjukkan bahawa peranti tersebut hanya membawa kapasiti 3,590mAh dan akan dipromosikan sekitar 3,700mAh. Manakala jika dibandingkan dengan Galaxy S21 membawa kapasiti 3,880mAh dan dipromosikan 4,000mAh.
Tambahan, model bateri yang diterbitkan pada sumber itu adalah dengan siri EB-BS901ABY. Ia merujuk kepada model yang digunakan pada SM-S901 yang dimiliki oleh Galaxy S22.
Malahan, peranti Galaxy S22 bukanlah antara model yang mengalami pengurangan fungsi ini. Malah model Galaxy S22 Plus juga menerima kapasiti bateri 4,600mAh berbanding 4,800mAh pada Galaxy S21 Plus. Namun Galaxy S22 Ultra akan kekal dengan kapasiti bateri 5,000mAh.
Mungkin pekara ini terjadi oleh kerana komponen baru yang digunakan Samsung telah menjimatkan tenaga sehingga 25% seperti paparan Eco2OLED pada Galaxy Z Fold 3.
