
Samsung Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3 telah dibina dengan ketahanannya malah ia merupakan peranti pintar lipat pertama yang mempunyai kebolehan kalis air.
Berdasarkan persoalan yang ditanya kepada Max Weinbach, beliau menyatakan bahawa kedua-dua peranti tersebut mempunyai fungsi penarafan IPX8.
Ini menunjukkan peranti tersebut mempunyai ketahanan kalis air, malah nilai 8 adalah tahap dimana ia mampu direndam dalam air dengan kedalaman 1.5 meter selama 30 minit. Namun pihak Samsung masih tidak menyatakan apa-apa berkenaan perkara ini. Manakala simbol X merujuk bahawa peranti itu tidak diuji untuk ketahanan habuk dan debu.
Adakah IPX8 adalah nilai yang baik? Jika dibandingkan dengan peranti flagship yang lain, tahap ujian adalah kebiasaannya IPX67 dimana tahap debu adalah pada 6 dan kalis air pada 7. Ini menunjukkan bahawa Galaxy Fold 3 dan Galaxy Flip 3 mempunyai tahap kalis air yang lebih baik.
Namun, pengguna dinasihatkan tidak mencubanya selepas membeli. Hal ini kerana pengeluaran kilang berkemungkinan akan mempunyai masalah teknikal yang akan menjejaskan sistem pelindungan ini.
