
Samsung melancarkan Galaxy S21 pada tahun ini lebih awal dari tempoh sepatutnya. Namun ia tidak menjejaskan apa-apa masalah kepada pengguna. Kini, rekaan bagi Samsung Galaxy S22 Ultra didedahkan oleh Steve Hemmerstoffer (@OnLeaks) bersama Digit.in yang merupakan sumber yang dipercayai.
Samsung Galaxy S22 Ultra renders
Berdasarkan rekaan tersebut, kita dapat lihat bahawa rekaan ini mempunyai sisi yang melengkung. Dan jika dipandang dengan teliti pada bawah paparan, terdapat bahagian sokongan S Pen. Malahan, rekaan pada bahagian kamera sedikit berbeza dengan peranti yang ada pada pasaran. Tetapi buat masa ini, jenis kamera yang digunakan tidak dapat dikenal pasti jika berdasarkan render ini sahaja.





