Samsung Kerjasama Dengan Olympus Bina Kamera 200MP

Samsung 200MP

Samsung dikatakan akan mengeluarkan peranti dengan kamera bersaiz 200MP. Berita ini dikatakan maklumat yang dikeluarkan oleh syarikat pencetakan di Korea.

Syarikat Samsung yang telah mengeluarkan kamera dengan sensor bersaiz 108MP telah menjadi tahap resolusi yang tinggi kepada peranti namun, berita terbaru menyatakan bahawa syarikat tersebut ingin mengandakan saiz sensor mereka.

Tambahan juga, syarikat tersebut juga dikatakan bekerjasama dengan syarikat kamera Olympus. Dimana ia merupakan syarikat yang menghasilkan produk kamera mirrorless, DSLR dan Lenses. Namun tiada berita yang mengesahkan akan info ini.

Tetapi pekara ini tidak mustahil, hal ini kerana terdapat peranti di pasaran yang telah menggunakan kepakaran dari pembuat kamera seperti Sony. Dimana produk terbaru mereka iaitu Xperia Mark III, menggunakan kepakaran juruteknik Kamera Alpha Mirrorless mereka.

Dengan itu, syarikat-syarikat lain akan melihat teknik ini adalah satu peluang untuk menaikkan teknologi dan bisnes mereka.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)