
Dalam beberapa bulan lepas, banyak maklumat dikeluarkan berkenaan Samsung S21 FE. Tambahan ia merupakan maklumat ringkas yang diterima pada produk “roadmap” Samsung pada Mac yang lalu. Tetapi ia dikatakan tidak akan dikeluarkan pada tarikh yang dirancang.Pada laporan asal, Samsung Galaxy S21 FE akan dikeluarkan sama dengan Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3 pada Ogos ini seperti yang dinyatakan pada roadmap tersebut. Namun beberapa laporan terbaru menyatakan bahawa peranti ini tidak akan dilancarkan seperti yang ditetapkan oleh disebabkan kekurangan sumber cip yang sedang berlaku.Malahan beberapa maklumat yang diperoleh oleh sumber dari Korea Selatan menyatakan bahawa Samsung akan menangguhkan pengeluaran peranti itu lewat 2 bulan dari tempoh asal. Oleh itu, peranti yang akan dikeluarkan pada bulan Ogos ialah Galaxy Fold Z3 dan Galaxy Z Flip 3.
