Samsung: Peranti Anda Boleh Tambah RAM Secara Percuma

Samsung Update

Samsung telah mengeluarkan naik taraf software mereka baru-baru ini yang membolehkan pengguna menambah RAM secara percuma melalui fungsi RAM Plus. Fungsi ini merupakan ‘virtual memory’ seperti mana yang diperkenalkan Oppo pada Julai yang lalu.

Bagaimana Memori Maya Berfungsi?
Memori Maya atau Virtual Memori adalah merupakan kaedah yang dibina untuk menjadikan storan peranti kepada memori. Dengan itu, pengguna boleh menambah performance peranti kepada lebih baik.

Pekara ini boleh dilakukan oleh kerana RAM juga merupakan storan yang dibina khas bagi menyimpan data sementara. Namun ia dibina khas bagi aktiviti tersebut.

Maka dengan itu RAM bertindak lebih efisyen berbanding storan peranti namun ia tidak mampu menyimpan data yang kekal. Oleh itu tidak mustahil bagi menjadikan storan peranti kepada memori maya.

Buat masa ini naik taraf ini hanya dikenal pasti pada Galaxy A52s, dan akan ditambah pada peranti jenis mid-range dan juga entry-level.

Tetapi bagi pengguna yang berminat akan fungsi ini perlu ketahui bahawa ia dijalankan menggunakan software berbanding hardware, maka ia tidak akan sebaik RAM sebenar. Walaubagaimanapun ia masih boleh dilakukan.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)