
Facebook merupakan syarikat sosial media yang berjaya dengan keuntungan yang berganda. Dimana ia telah beroperasi bertahun sebagai sebuah syarikat dengan perkhidmatan terbesar didunia. Dengan kejayaan tersebut, Facebook mula menceburi industri perkakasan eletronik dari berkhidmat dalam industri servis sepenuhnya.
Kini, Facebook sedang membina smartwatch dengan mempunyai fungsi seperti peranti telefon pintar. Peranti ini mempunyai sambungan 4G-LTE dan ia juga tidak memerlukan sambungan terhadap mana-mana peranti telefon pintar seperti Apple Watch dan Smartwatch yang lain.
Maklumat terbaru adalah dimana, smartwatch milik Facebook ini akan mempunyai 2 jenis kamera yang boleh ditanggalkan untuk memudahkan pengguna mengambil gambar atau video serta menggunakan pada perkhidmatan Facebook termasuk memuatnaik gambar pada Instagram.
Dengan itu, produk ini juga berkemungkinan akan mempunyai kelebihan peralatan untuk diletakkan di drone dan sebagainya. Ia juga mampu disambungkan pada mana-mana produk keluaran Facebook seperti Augemented Reality. Namun jangkaan harga peranti ini dikatakan sekitar 400 USD.