
Sony Xperia 10 III Lite telah diumumkan baru-baru ini namun peranti tersebut hanya akan dijual di Jepun sahaja bermula 27 Ogos. Hal ini berkemungkinan kerana model Xperia 10 III merupakan peranti utama kepada negara itu.
Peranti ini mempunyai spesifikasi yang berbeza oleh kerana ia merupakan versi lite, dimana ia akan memiliki saiz storan sebesar 64GB berbanding 128GB pada model Xperia 10 III. Tambahan, tiada sokongan radio akan diberikan dan hanya menampung satu SIM sahaja. Tetapi ia akan dilengkapi dengan fungsi eSIM pada peranti.
Disamping itu, ia akan mengekalkan paparan 6-inci dengan saiz RAM sebanyak 6GB. Peranti itu juga akan menggunakan prosessor Qualcomm Snapdragon 690 dan bateri berkapasiti 4,500mAh bersama Android 11.
Bagi komponen kamera masih sama iaitu 12MP sebagai kamera utama, 8MP Ultrawide, 8MP Telephoto dan 8MP kamera hadapan. 3.5mm masih dikekalkan oleh syarikat itu bersama keselamatan cap jari pada sisi peranti. Tahap IP rating yang diterima ialah IP65 dan IP68.
Seperti dinyatakan ia hanya eklusif kepada negara tersebut atau lebih tepat lagi kepada pelanggan Rakuten Mobile. Buat masa ini tiada berita bahawa ia akan dijual ditempat lain termasuk Amerika Syarikat.
