Steam Deck, Handheld PC Dibina oleh Valve

Steam Deck

Steam merupakan platform pasaran permainan video yang popular oleh Valve pada masa kini, namun khabar pada mulanya Valve dikatakan membina handheld gaming bagi platform mereka itu.

Tetapi, baru-baru ini pihak Steam sendiri memperkenalkan Steam Deck milik mereka itu dimana ia kelihatan seperti Switch, Sega Game Gear mahupun Steam Controller. Peranti tersebut mempunyai paparan sesentuh 7-inci dengan resolusi 1280×800 pada aspect ratio 16:10 dan kecerahan 400 nits. Namun setakat ini ia hanya menyokong 60Hz Refresh Rate.

  • Dual Thumbstick
  • 32.5mm trackpads
  • Analog Directional Pad
  • 4 Butang Utama
  • Trigger
  • Headphone Jack
  • Stereo Speaker
  • Dual Microphone

Valve dikatakan bekerjasama dengan AMD berkenaan komponen yang digunakan dan ia juga mempunyai chipset khas dengan 2.4-3.5GHz prosessor dan grafik pada 1.0 hingga 1.6GHz. Tambahan ia juga menggunakan 8 komponen RDNA 2 unit.

Pihak Valve juga membuat perakauan bahawa “Zen 2 + RDNA 2 powerhouse” mampu menjalankan segala permainan video terbaru dengan penggunaan tenaga yang sangat baik.

Ia juga mempunyai 16GB of LPDDR5 RAM dan storan sehingga 512GB, dimana pengguna boleh tingkatkannya dengan menambah microSD tambahan. Menurut syarikat tersebut juga dengan 40-watt bateri, ia boleh digunakan antara 2 jam sehingga 8 jam dengan sekali pengecasan. Dengan kata lain, ia bergantung pada permainan yang dimainkan.

Peranti ini menjalankan SteamOS yang direka khas untuk peranti tersebut. Tambahan pengguna juga boleh access keseluruh game yang sama ada pada Library mereka sebagaimana di PC. Dan tidak lekang juga ia akan mempunyai fungsi seperti Chat, Remote Play, Cloud Saves dan steam front.

Namun fungsi yang lebih menarik ialah dimana dengan menekan butang “power”, peranti ini akan pergi ke “mode sleep” dan sekiranya anda sedang bermain, ia akan “Pause”. Apabila anda bukanya semula, pengguna boleh sambung sebagaimana ditinggalkan.

Disamping itu, ia mempunyai sokongan Bluetooth dan USB-C. Dengan sambungan USB-C, anda boleh menyambungkannya dengan peranti lain dan sudah semestinya mampu disambung kepada paparan asing seperti TV atau monitor sekiranya inginkan bermain dengan paparan 8K pada 60Hz dan 4K pada 120Hz.

Valve juga menyatakan ia akan mempunyai dock khas dengan Displayport 1.4, HDMI 2.0 dan Ethernet port, sambungan USB 3.1 dan 2.0 juga disediakan. Dengan itu, anda boleh menggunakannya seperti PC.

Anggaran harga buat masa ini adalah $399 sehingga $649. Manakala dock akan dijual berasingan. Pengguna boleh membuat tempahan bermula harini.

Namun, berbanding ia digelar “handheld pc”, ia lebih sesuai dipanggil “portable console” oleh kerana ia tidak boleh menjalankan aplikasi lain mahupun perisian yang boleh dijalankan pada PC melainkan permainan yang hanya hadir dari Steam sahaja.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)