Tambah RAM Sehingga 19GB Pada Peranti Oppo Anda

tambah-ram-reno-5

Tambah memori pada peranti merupakan sesuatu yang sukar dilakukan kerana telah dibina keatas papan induk dimana dengan menanggalkannya anda akan mempunyai risiko tinggi untuk merosakkan keseluruhan litar eletronik.

Namun, ia bukan sesuatu yang mustahil dan mempunyai kaedah yang paling mudah untuk melakukannya. Iaitu dengan menggunakan memori maya. Peranti Oppo terbaru membolehkan penggunanya membina memori maya pada peranti mereka dimana maksimum RAM maya itu adalah sebanyak 7GB.

Peranti yang disokong ialah Reno 5, A94 dan A74. Dimana Reno 5 mempunyai 12GB RAM pada peranti namun pengguna boleh menambahnya dan menjadikan peranti tersebut memiliki 19GB RAM.

Bagaimana ia berfungsi? memori maya ini berfungsi adalah dengan menggunakan storan peranti. Namun kelajuannya tidak sebaik memori sebenar kerana pembinaan “engineering” yang berbeza. Tetapi ia memadai untuk mengurangkan beban aplikasi yang berat seperti permainan video terkini.

Sebagai contoh dengan mengambil tahap maksima. Selepas pengguna mengaktifkan fungsi ini, 7GB storan akan di “simpan” sebagai RAM tambahan. Maka bagaimana dengan keadaan storan anda? Oppo Reno 5 menyokong sehingga 256GB maka dengan mengambik 7GB akan memberikan baki 249GB kepada pengguna.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)