
Telco Malaysia perlu ada teknologi seperti ini. Sebelum mengulas lebih lanjut. Kita lihat sedikit penerangan berkenaan kenderaan ini. Pada awal tahun ini, Texas, Amerika Syarikat mengalami cuaca buruk yang menyebabkan pencawang tenaga gagal berfungsi dan menyebabkan tiada talian untuk memberikan perkhidmatan internet kepada pengguna. Namun masalah ini berlaku agak kerap kebelakangan ini.
Verizon, syarikat telco di Amerika Syarikat memperkenalkan kenderaan “Tactical Humanitarian Operations Response (THOR)“. Dimana ia merupakan kenderaan yang diubah suai dengan memiliki pencawang portable, ia boleh menampung seramai 7 orang termasuk pemandu, dan 3 orang pada bahagian belakang sebagai “pusat kawalan”.
THOR ini mampu memberikan rangkaian 5G dan Satelit kepada kawasan sekitar dimana sambungan rangkaian itu akan hilang. Dengan itu, pengguna dapat menggunakan secara segara dan mampu menggunakan perkhidmatan dengan baik.
Pengguna boleh berada diatas talian untuk mendapatkan info terkini dan isu semassa seperti ketika bencana atau melakukan sistem “rapid-response” pada kawasan terjejas.
Bagaimana ia berfungsi pada rakyat Malaysia? Telco di Malaysia masih dalam proses membangun dan sentiasa menaiktaraf pada kawasan tertentu. Dengan adanya kelengkapan ini, pengguna tetap boleh menggunakan perkhidmatan walaupun “maintenance” sedang dilakukan pada kawasan tersebut.