
TSMC telah menetapkan kepentingan kepada pelanggan mereka dalam pembinaan chip. Dimana dengan isu kekurangan sumber untuk pembinaan chip itu menyebabkan mereka perlu berbuat demikian.
Menurut syarikat tersebut, mereka akan mengutamakan syarikat pembuat kereta automotif dan dan Apple. Dimana syarikat peranti lain samada chip untuk telefon pintar mahupun peralatan eletronik lain akan berada dalam posisi ketiga, ini termasuklah kepada syarikat Qualcomm dan Mediatek.
Manakala bagi pengguna PC, ia merupakan berita kurang menyenangkan dimana TSMC menyatakan bahawa mereka akan meletakkan segala yang berkaitan peranti komputer pada tempat keempat dan diikuti serverm dan peranti network.
Senarai Pelanggan Utama TSMC:
1. Apple
2. Hi-Silicon
3. Qualcomm
4. NVIDIA
5. Broadcom
6. AMD
7. Intel
8. Mediatek
Ini menunjukkan bahawa ia berita baik kepada pengguna Apple namun tidak pada pengguna PC. Dimana disaat harga kad grafik sedang mula turun, ia menunjukkan bahawa peralatan tersebut akan mempunyai masalah kekurangan sumber semula pada masa akan datang.
