
Ubat gigi adalah peralatan harian yang digunakan setiap hari bagi menjaga kebersihan dan kesihatan gigi. Namun ia juga diperkenalkan oleh content creator bahawa ia mempunyai kebolehan untuk menyelesaikan masalah paparan yang calar mahupun retak. Namun pekara ini hanyalah konsep pemasaran dan “umpan” kepada penonton diluar sana.
Tetapi tidak dinafikan sekiranya ada pengguna berjaya melakukannya namun hanya dengan keadaan paparan yang calar dan bukan pada pemukaan yang mempunyai kesan yang dalam mahupun retak. Hal ini kerana kandungan yang ada pada ubat gigi membolehkan pekara ini berlaku.
Dalam ubat gigi mempunyai kandungan bahan yang sedikit kasar yang membolehkan ia bertindak seperti kertas pasir pada tahap kekasaran yang rendah. Namun nilai keduanya diukur secara berbeza, dimana kertas pasir dinilai oleh CAMI (Coated Abbrasive Manufacturer Institute) dan FEPA (Federation of European Producer of Abrasive).
Manakala ubat gigi diukur oleh ADA(American Dental Association) menggunakan nilai RDA (Radioactive Dentin Abrasion). Oleh itu, walaupun ubat gigi ada tahap kekasarannya tidak bermakna pengguna boleh melakukan guna “SuperFined Grit SandPaper” untuk menghilangkan calar pada paparan.
Nilai RDA | Hakisan |
0 – 70 | Rendah |
70 – 100 | Sedang |
100 – 150 | Tinggi |
150 – 250 | Sangat Menghakis |
250 | Maksimum Yang Dibenarkan |
Sebagai perbandingan yang lebih jelas, air suling mempunyai nilai RDA 4 dan berdasarkan produk Colgate dari US, tahap tertinggi RDA milik syarikat itu adalah 200 dan ia nilai yang dibenarkan oleh FDA (Food Drug Administration). Kembali kepada perbincangan asal, dengan kekasaran pada ubat gigi, ia tidak menghilangkan kesan calar pada paparan dengan memperbaikinya, ia hanyalah melicinkan bahagian yang kasar agar kelihatan licin dan baik. Dengan itu ia seperti tiada kesan calar yang berlaku.


Namun dengan melakukan demikian mungkin mampu menghilangkan kesan calar pada pemukaan paparan tetapi ia juga menghakis paparan anda pada masa yang sama. Malahan, penggunaan yang kerap akan menipiskan lapisan paparan dan akan mudah retak sekiranya terhentak mahupun jatuh.
Maka kepada pengguna diluar sana, anda lebih disarankan untuk menggunakan pelindung paparan mahupun menukar paparan sekiranya ia kesan calar yang serius. Berbanding menggunakan teknik “lifehack” demi mengelakkan calar yang kecil.