WhatsApp Akan Berhenti Menyokong Android 4.0

WhatsApp akan menghentikan sokongan pada peranti dengan Android 4.0 mulai 1 November ini. Ia ditujukan kepada semua peranti dengan sokongan Android tersebut. Namun tidak dinafikan jika masih ada pengguna yang memakai peranti dengan Android lama seperti tablet.

Dengan ini, ia tidak akan menyokong segala fungsi dan naiktaraf terbaru seperti keselamatan aplikasi. Hal ini kerana tahap limitasi pada API aplikasi tersebut.

Panduan Untuk Memindahkan Maklumat Ke Peranti Baharu
1. Buka aplikasi WhatsApp
2. Pilih More Options
3. Tekan Settings
4. Pilih Chats dan Chat Backup
5. Back Up

Exports Chat History
1. Buka Chat persendirian atau group
2. Tekan More Options dan More
3. Tekan Export Chat
4. Pilih Export dengan Media atau Tanpa Media

Kembalikan Chat Pada Peranti Baharu

Menggunakan Cloud
1. Muat Turun WhatsApp pada peranti baru
2. Buka aplikasi dan sahkan nombor telefon bimbit anda
3. Apabila ditanya, tekan RESTORE untuk kembalikan Chat dan Media dari Google Drive
4. Selepas proses pengembalian selesai, pilih Next.
5. Chat anda akan tersedia seperti biasa.

Nota: Gambar dan Video akan dimuat turun setelah Chat selesai di kembalikan.

Menggunakan Storan Pada Peranti
Kebiasaannya aplikasi WhatsApp akan backup secara automatik pada storan peranti. Pengguna hanya perlu menyemak pada folder
/sdcard/WhatsApp/

Sekiranya tiada, lihat pada storan dalaman (internal storage) dan pindahkan ke peranti baharu samada melalui perkongsian atas talian mahupun menggunakan wayar sambungan.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)