Windows 11: Bila Boleh Dapatkannya?

windows-11

Microsoft telah memperkenalkan Windows 11 secara rasminya. Dan ia merupakan versi dengan banyak naiktaraf dan perubahan yang diterima. Malah dengan legasi windows ramai pengguna yang menerima dan menyatakan bahawa versi ini mempunyai penambaikkan yang mampu diterima berbanding versi Windows Vista dan Windows 8.

Apa yang ada pada Windows 11?
Windows 11 dikatakan merupakan OS yang kelihatan seperti Windows 10 namun dengan rekaan paparan dengan UX (User Experience) yang baru. Codename bagi UX terbaru ini ialah Sun Valley.

Dengan kedudukan “Start Menu” ditengah dan rekaan penjuru yang melengkung berbanding tajam memberikan suasana yang baharu kepada pengguna. OS ini juga mempunyai folder icon yang lebih warna warni. Tambahan, fungsi yang paling menjadi tarikan ialah dimana ia dibina keatas ARM yang membolehkan pengguna menjalankan aplikasi android.

Bila Windows 11 akan dikeluarkan?
Binaan Windows 11 Insider Preview akan hadir pada 28 Jun ini. Namun versi ini tidak dilengkapi beberapa fungsi terbaru seperti sokongan Android App dan Microsoft Teams. Namun pengguna yang ingin mencuba fungsi lebih awal. Anda perlu mengubah PC anda kepada Dev Channel bagi Windows Insider Program yang akan berjalan tidak lama lagi.

Nota: Versi awal yang dikeluarkan kepada developer adalah tidak stabil. Pengguna biasa tidak digalakkan menggunakkannya bagi mengelakkan sebarang masalah dan hilang dokumen penting dari PC anda.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)