
Windows 11 telah diperkenalkan oleh Microsoft pada harini ini, dan ramai pengguna bersemangat untuk mendapatkan dan memasang peranti yang mereka gunakan. Pada pelancaran tersebut, Microsoft memaklumkan bahawa mereka membawa aplikasi Android ke Windows 11 dimana pengguna boleh mendapatkannya melalui Microsoft Store yang merupakan kerjasama bersama Amazon Appstore.
Adakah ia Emulator?
Menurut Microsoft, mereka membina “Windows Subsystem untuk Android” dimana ia menyerupai “Windows Subsystem untuk Linux” yang dimana sudah lama berada dalam Windows. Aplikasi yang dijalankan pada Windows akan bertindak sama seperti aplikasi Windows dimana ia boleh di pin, resize dan snapped. Maka, jawapannya tidak. Dimana emulator merupakan software yang dijalankan oleh keatas sistem Windows dan aplikasi Android dijalankan pada software tersebut. Oleh itu mengapa kebiasaan emulator menggunakan tenaga pemprosesan yang tinggi.
Bagaimana ia berfungsi?
Windows akan membina aplikasi proxy native yang membolehkan sambungan antara model aplikasi android dengan model aplikasi Windows. Untuk memastikan code tersebut boleh dijalankan, Microsoft telah mengambil langkah semasa membina Windows Subsystem untuk Linux (WSL). Dimana dengan membawa Kernel Linux ke Windows adalah untuk membina WSA. Dengan kata lain, aplikasi android adalah bertindak atas “virtual machine”.
Kenapa ia berfungsi?
Aplikasi Android dibina keatas prosesor ARM, dimana Microsoft bekerha dengan Intel untuk menggunakan teknologi Intel Bridge bagi menjalankan ARM binaries pada peranti Intel dan AMD. Menurut penyataan Intel menyatakan bahawa Intel Bridge merupakan “runtime post-compiler yang membolehkan aplikasi menjalankan aplikasi secara native pada peranti based-x86.” Dengan itu, tidak dinafikan bahawa prosesor intel boleh menjalankan aplikasi Android. Namun Intel tidak menyatakan prosesor milik mereka yang mampu berbuat demikian.
Bagaimana untuk memulakannya?
Menurut Joanna Stern dari Wall Street Journal proses agak sedikit leceh namun berkemungkinan Microsoft akan memperbaikinya dimasa hadapan.
1. Sign In pada Amazon Appstore
2. Buka Microsoft Store
3. Muat Turun aplikasi
Fungsi ini agak baik dimana pengguna boleh menggunakan servis dan program yang bertindak cross-platform namun sebagai satu aplikasi berbanding pembinaan yang berbeza. Dimana ia sesuatu yang masih tiada ekosistem Apple. Namun Apple juga dikatakan sedang menukar ke prosesor dengan based-ARM.