
Xiaomi merancang untuk mengikuti jejak Apple dengan menyatakan notis dan menurunkan kelajuan pengecasan pada peranti anda sekiranya pengguna menggunakan bateri dari pihak lain.
Fungsi ini akan dilakukan bermula dengan naik taraf aplikasi Mi Security pada versi 5.6.0 dimana OS akan mengesan sekiranya pengguna menggunakan atau mengantikan peranti dengan bateri buatan syarikat lain sebagai “unauthorized battery”.
Menurut syarikat itu, tujuan pekara ini adalah bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin maka dengan menghadkan kelajuan pengecasan boleh mengelakkan peranti dari “overheat” atau meletup.
Buat setakat ini, ia hanya dikesan pada peranti yang dijual di China sahaja. Namun tidak bermakna peranti yang anda beli merupakan set yang berbeza. Hal ini kerana penjualan diatas talian pada masa kini boleh menjadi sebaliknya.
Peranti yang dikenalpasti buat masa ini adalah Mi 9, Mi 10 dan Mi 10 Pro. Malah ia tidak memaparkan pada peranti Global atau berkemungkinan ia disembunyikan.
This device was equipped with a built-in battery that should only be replaced by an authorized service provider. Replacing the battery elsewhere may damage this device. Using unauthorized batteries may result in battery swelling, overheating, and leakage, It may also cause fire or other hazards. Do note use unauthorized batteries.
Mi Device


