
Peranti premium Xiaomi yang seterusnya mengatasi model Mi 11 Ultra dengan codename ‘M2106118C’ akan hadir dengan kamera bawah paparan. Seperti mana kita tahu bahawa teknologi ini telah di paten kan oleh Xiaomi pada April 2020. Kini tiba masanya untuk ia digunakan.
Peranti ini dikatakan akan mempunyai prosesor Snapdragon yang terbaru dan kelebihan kamera seperti yang ada pada masa kini. Tambahan, kamera dibawah paparan ini adalah salah satu fungsi yang tiada pada Mi 11 Ultra dan Mi Mix Fold sebagai peranti Flagship.
Disamping itu, Xiaomi akan memuatkan teknologi UWB (Ultra-wide Band) kedalam peranti terbaru ini. Fungsi lain yang bakal diterima ialah pengecasan berwayar 200W dan pengecasan 120W tanpa wayar.