Xiaomi Bakal Lancar Barisan Peranti Baharu

Xiaomi Civi

Xiaomi akan memperkenalkan barisan peranti terbaru pada minggu hadapan dengan gelaran CIVI. Maklumat ini diperolehi dari post syarikat itu di laman Weibo. Namun pihak mereka tidak memaparkan apa-apa pertunjuk akan peranti ini.

Ta, merupakan peranti telefon pintar keluaran Xiaomi dengan series baharu.
Dengan rekaan yang pelbagai dan mempunyai pengimejan yang inovatif.
Sesuai bagi golongan generasi muda.
Terokai kegembiraan yang ada pada diri anda.
Ta adalah Xiaomi Civi

Beberapa pendapat dan info lain menyatakan bahawa peranti ini akan mempunyai spesifikasi mid-range tetapi hadir dengan kamera setaraf flagship. Dimana ia memfokuskan sebagai peranti dengan tujuan fotografi.

Maka dianggarkan bahawa ia akan memiliki kamera utama dengan resolusi 108MP dan 32MP bagi kamera hadapan. Namun kenyataan ini masih tidak jelas lagi.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)