
Xiaomi tidak berdiam diri dengan peranti yang ada malah membina satu lagi model terbaru iaitu Mi 11T Pro yang akan menjadi pelapis kepada model Mi 10T Pro. Dan berikut akan menjadi peranti flagship yang ke-5 pada tahun ini dikeluarkan oleh Xiaomi.
Model setakat ini adalah Mi 11, Mi 11 Pro, Mi 11 Ultra dan Mi Mix 4. Berdasarkan beberapa laporan mendedahkan maklumat bahawa peranti terbaru ini mempunyai Paparan OLED 120Hz, Snapdragon 888 dan kapasiti bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W.
Beberapa youtuber juga mendedahkan peranti ini pada laman twitter mereka.
Manakala menurut laporan dari GizmoChina menyatakan bahawa peranti ini bakal dilancarkan pada 29 September akan datang. Malah ramai pengguna berharap model kalini akan lebih murah dari peranti flagship yang dikeluarkan oleh pesaing di pasaran.
