
Xiaomi anda tidak berfungsi namun tiada masalah yang berlaku? Berkemungkinan ia merupakan salah satu peranti yang dibawa masuk secara terlarang.
Sebagaimana Xiaomi bukanlah peranti yang mempunyai kedudukan khas pada mana-mana negara. Namun sekiranya anda membawa masuk peranti Xiaomi pada negara yang tidak disokong, mereka akan menyekat peranti anda daripada digunakan.
Antara negara yang setakat ini disekat adalah Cuba, Iran, Syria, North Korea, Sudan dan Crimea. Dimana Xiaomi menyekat peranti anda secara atas talian.

Xiaomi policy does not permit sale or provision of the product to the territory in which you have attempted to activate it. Please contact the retailers directly for additional information.
Berdasarkan notis ini, menunjukkan bahawa Xiaomi mengambil inisiatif bagi mereka yang melanggar terma dan syarat syarikat itu secara serius.
14.2 The Contract and all Products sold are subject to applicable export control laws, including but not limited to the export control laws of. the US and Buyer’s own jurisdiction. The Buyer will not export any product purchased from the Seller to any country or territory or anywhere if the export control laws forbid it . Prohibited countries and territories include Cuba, Iran, Syria, North Korea, Sudan, and the Crimea region. If the Buyer plans to export any Products purchased from the Seller to another country, the Buyer you must obtain the required export licenses (or other government approvals) before doing so.
Oleh kerana ia dilakukan diatas talian, tiada maklumat sekiranya ia akan memberi kesan apabila anda membawa masuk ke negara tersebut kerana urusan pekerjaan atau peribadi.
Malahan beberapa pengguna yang berada di negara yang lain juga mengalami masalah sama oleh kerana peranti tersebut bukanlah set global. Tetapi ia digunakan digunakan di Eropah sedangkan penggunaan Xiaomi disokong pada negara itu.
Maka tiada maklumat samada kaedah yang dibuat Xiaomi ini dikesan berdasarkan GPS atau pengesanan lokasi mahupun ia merupakan peranti yang dijual tanpa memiliki rekod di eksport.
