Xiaomi Mempunyai Versi Anjing Boston Dynamic Tersendiri

Xiaomi baru sahaja memaklumkan akan gajet CyberDog mereka yang dikategorikan sebagai open-source quadruped robot yang membolehkan developer membina aplikasi tersendiri bagi gajet tersebut.

Pihak Xiaomi menunjukkan rekaan CyberDog adalah kelihatan seperti “Spot” oleh Boston Dynamic dan ia juga membentangkan akan kebolehan jurutera pada syarikat tersebut.

Tambahan juga, versi yang dipamerkan ini menjalankan NVIDIA Jetson Xavier NX iaitu supercomputer AI yang paling kecil pada masa ini. Malahan ia dilengkapi dengan 11 sensor sekitar badannya termasuk sensor sentuhan dan ultrasonic, kamera dan GPS untuk bertindak balas dengan persekitaranya.

Xiaomi CyberDog Camera

Menurut syarikat itu juga menyatakan bahawa CyberDog mampu mengikuti tuannya dan bergerak kearah tempat yang ditetapkan serta mampu mengelak dari halangan.

Disamping itu, ia mempunyai kemampuan untuk mengesan reaksi dan gerak badan manusia malah mampu memilih individu yang bergerak dalam kumpulan.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)