90 Million Unit iPhone 13 Akan Dihasilkan Pada Akhir 2021

90 Million Unit iPhone 13

90 Million unit peranti iPhone 13 akan dihasilkan pada akhir tahun ini atas arahan Apple, menurut laporan dari Bloomberg.

Berdasarkan laporan yang dibuat, Apple dikatakan membuat tempahan sebanyak 75 million pengeluaran bagi peranti iPhone 13 itu dimana ia menjangkakan akan berjalan pada bulan September hingga Oktober. Namun syarikat tersebut ingin menambah pengeluaran mereka sebanyak 20 peratus dari nilai asal.

Tambahan pula, dengan wujudnya pandemik. Pengguna bakal menukar peranti mereka kepada 5G kerana inginkan sokongan yang lebih baik malah menunjukkan bahawa penjualan akan meningkat.

iPhone 13 dikatakan akan mempunyai saiz paparan yang sama dengan peranti sebelumnya. Namun maklumat ini masih belum disahkan lagi.

Tetapi dengan kewujudan LiDAR akan hadir eksklusif kepada iPhone 13 Pro, kita akan menjangkakan bahawa kenaikkan harga pada peranti tersebut malah akan ramai pengguna akan memilih peranti iPhone 13 sekiranya mereka tidak mencapai bajet yang di anggarkan.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)