Pelbagai fungsi telah diperkenalkan pada iOS 15 dan yang paling terbaru ialah fungsi “Drag and Drop” gambar antara aplikasi. Fungsi ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telah digunakan pada iPad sejak 2017 lagi.
Namun, ini kali pertama ia dibawa kepada peranti iPhone. Fungsi ini sama seperti mana anda boleh lakukan pada iPad, Mac atau PC dimana ia boleh memindahkan gambar, dokumen, fail dari satu aplikasi ke aplikasi lain. Sebagai contoh, ada menjumpai gambar yang berada di gallery dan ingin berkongsi ke laman sosial.
Fungsi ini sangat baik kerana anda tidak perlu memuatnaik dari dalam aplikasi tersebut dimana anda perlu “scroll” dan mencari semula gambar yang dipilih. Tambahan, ia memudahkan pengguna untuk berkongsi pada pelbagai aplikasi pada satu masa.
Sumber: Federico Viticci